Banner
Bersama Majukan Bola Sepak Malaysia

Selamat Datang



Aktiviti Forum

Undian

Juara Piala Malaysia 2008
 

Ahli Online

We have 37 guests online

Iklaneka

Rangkaian :
borakbola.net
Perbincangan bola sepak dalam dan luar negara dalam bahasa melayu
HijauKuning.com
Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah
GanuSoccer.net
Peminat Bola Sepak Terengganu Online!!
SelangorFC.com
Penyokong The Red Giant!! Selangor FC
Yob4Ever.com
Kelab Penyokong Bola Sepak sang Seladang Perak FC
Kelate.net
Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan
selangorfanatik.t35.com
Selangor Die Hard Fan Website
Hubungi saya : perwaja[at]gmail.com

Komen Mutakhir

Piala Malaysia boleh...
aku benci giler la owang yg makan rasuah nie... x ...
2 tonggak tinggal Ke...
alla fauzi ngan soley jgn la tggal team kedah... d...
Kedah Menjadi JUARA ...
Aku rs kedah akan mencipta sejarah sekali lg.....t...
Kedah Menjadi JUARA ...
weah..aku tabik spring ar kt team kedah..salute...
Kiddo Kickers Footba...
jadi yang mana berminat tu jgn la malu2 call encik...
Harimau Malaya | Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia

Kedatangan Adebayor di nantikan

Attention, open in a new window. PDFPrintE-mail

Written by admin
Tuesday, 13 May 2008 04:03

KUALA LUMPUR - Ghana menjadi pasukan kedua selepas Argentina, menarik diri daripada Piala Antara Benua, namun berita baik di sebaliknya ialah peminat tanah air bakal menyaksikan kemunculan penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor (gambar) bersama pasukan pengganti, Togo dalam kejohanan dari Khamis ini hingga 25 Mei.

Naib Presiden Kanan Octagon Asia - penganjur bersama kejohanan, Maricar M. Iqbal berkata, Ghana membuat keputusan itu setelah persatuan bola sepaknya memecat jurulatih kebangsaan sekali gus enggan meneruskan rancangan Claude Le Roy yang mengatur penyertaan skuad belia mereka ke Piala Antara Benua.

"Ghana mengumumkan penarikan diri itu pada minggu lalu dan Togo sudah bersetuju untuk menggantikannya malah nama Adebayor turut tersenarai di antara tiga pemain senior yang turut dibenarkan menyertai kejohanan bawah 23 tahun pertama ini," kata Iqbal kepada Utusan Malaysia, semalam.

FAS harap Khaider terus pimpin persatuan

Attention, open in a new window. PDFPrintE-mail

Written by admin
Tuesday, 13 May 2008 03:57

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Muhamad Maluddin berharap Khaider Zaidel mempertimbangkan semula keputusannya meletakkan jawatan sebagai presiden, Jumaat lalu.

Menurut Muhamad Maluddin, FAS masih memerlukan sentuhan Khaider untuk memimpin Bujang Senang terutama dalam kempen Piala Malaysia.

''FAS menghormati keputusan Khaider yang menyerahkan surat peletakan jawatan Jumaat lalu.

''Namun secara peribadinya saya berharap Khaider mempertimbangkan semula keputusan tersebut demi kebaikan pasukan bola sepak Sarawak.

''Sarawak amat memerlukan khidmat beliau yang memiliki daya kemimpinan yang tinggi,'' katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan drastik Khaider yang menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden FAS Jumaat lalu.

Kiddo Kickers Football Academy

Attention, open in a new window. PDFPrintE-mail

Written by admin
Tuesday, 06 May 2008 01:49

  • Anda tiada peluang kerjaya setelah bergelar graduan dalam jurusan Sukan?
  • Anda ingin memulakan perniagaan dalam bidang sukan?
  • Anda ingin menjadi aktivis / peggiat sukan?
  • Anda ingin membantu bolasepak Malaysia yg semakin merudum?
  • Anda ingin menjadi jurulatih berlesen C, B, A (lesen FAM, AFC hingga FIFA)?
  • Anda ingin anak anda menjadi pemain bolasepak terunggul?

Segala-galanya ada dlm perancangan kami .........

Pengenalan.

Koperasi ini dinamakan GIAT SUKAN dengan merujuk keanggotaan yang terdiri daripada penggiat-penggiat sukan atau golongan aktivis sukan tempatan yang berminat di dalam aktiviti pembangunan sukan. Terjemahan dalam bahasa Inggeris adalah SPORTS ACTIVIST COOPERATIVE LIMITED.

Artikel Pilihan - CYC – Kemelut antara FAM, KBS dan GGL

Attention, open in a new window. PDFPrintE-mail

Written by admin
Sunday, 04 May 2008 16:13

Dalam akhbar sejak beberapa hari ini panas menceritakan tindakan Gifted Group Limited (GGL) yang membelakangi FAM dalam penganjuran CYC. Malah Kementerian Belia & Sukan mengugut untuk menarik balik penajaan RM 17 juta kepada GGL setiap tahun untuk tujuan penganjuran tersebut. Pada pandangan saya, ini disebabkan AFC juga terlibat dalam penganjuran ini dengan kemasukan pasukan dari negara China dan India dalam kejohanan kali ini. FAM dilihat tidak dapat menerima kehadiran AFC dalam pertandingan ini yang menyebabkan isu ini berlaku. Saya tak mahu ulas apa yang sebenarnya berlaku didalam isu penganjuran kali ini kerana kurang maklumat yang saya perolehi dan seolah-olah ada sesuatu perkara yang mereka fahami sendiri.

Apabila KBS ingin menarik penajaan RM17 juta yang sebelum ini mereka sering pertahankan, saya amat bersetuju dengan tindakan tersebut malah kesan penganjuraan CYC ini kepada bola sepak Malaysia adalah minima. Dengan dana yang sebanyak itu jika digunakan untuk rancangan pembangunan bola sepak di peringkat belia setiap tahun pastinya akan memberi kesan yang positif kepada pembangunan bola sepak Malaysia. Menyediakan pasukan belia yang bertaraf dunia ketika pada setiap peringkat belasan tahun pasti pada masa akan datang Malaysia akan mempunyai pasukan senior yang juga bertaraf dunia. Kita juga dapat menyediakan pasukan yang mantap untuk menyertai saingan di peringkat Asia dan Piala Dunia Belia dan juga Olimpik yang nyata lebih mencabar dari CYC ini. Kelengkapan dengan ciri fizikal, menguasai teknik asas bola sepak serta kepintaran adalah ciri-ciri yang penting untuk menjadi pemain bola sepak moden. Bakat yang menyerlah ketika usia muda jika tidak diberi bimbingan ketika meningkat usia pasti akan terencat kebolehannya apabila dewasa kelak. Pengawasan dan disiplin yang tinggi perlu sentiasa diterapkan untuk menghasilkan pemain yang berkualiti ini.

Artikel Pilihan - Aku hanya memberi pendapat

Attention, open in a new window. PDFPrintE-mail

Written by admin
Tuesday, 29 April 2008 15:37

Seperti di jangka isu rasuah akan menjadi topic hangat untuk minggu ini. Mungkin juga akan berlanjutan selama beberapa ketika sehingga ia menjadi basi dan terus senyap tanpa jawapan pasti. Ketika ini semua yang mengaku diri mereka sebagai orang besar dalam bolasepak akan menyuarakan pendapat. Ada yang pro dan ada yang kontra. FAM pastinya akan mempertahankan prinsip dan tindakannya. Mereka akan mempertahankan apa sahaja agar yang terlepas pandang akan terus tidak di pandang. Sementara mereka orang luar, seperti aku ni akan terus mengasak untuk mencari sebab dan musababnya. Tetapi aku tertarik dengan orang lama yang aku rasa memang aku tabik selama ini iaitu Dato Ahmad Basri Akil. Dia orang lama dalam FAM. Kenyataannya memang tegas. Salah FAM. Aku setuju 80%. Pendapat itu memang benar. Sementara 20% lagi aku akan letakkan kepada diri aku dan peminat kerana terus memanjakan FAM sebagai pencetus kegagalan bolasepak Negara dan fenomena rasuah ini.

Seperti yang aku katakan tempohari aku dah malas nak dengar tentang isu rasuah ni. Aku kalau boleh nak dengar yang baik-baik pasal bolasepak Malaysia. Liga Super dan Liga Perdana akan tamat tempoh hayatnya untuk musim ini. Piala Malaysia pula menyusul. Aku harap ada perkembangan bagus untuk Piala Malaysia. Harap-harap piala yang di anggap berprestij ni tidak akan di cemari dengan kejatuhan mutunya. Walaupun aku sedia maklum tentang mutu bolasepak Malaysia ketika ini. Namun dalam beberapa ketika ni di beberapa stadium kelibat penonton boleh di kira memberangsangkan. Sepatutnya ini merangsang pemain juga semoga mereka terangsang untuk mempamerkan sesuatu yang lain yang boleh memberi kejutan. Kalau terangsang kat perempuan boleh apa pasal terangsang kat bola sepak tak boleh. So pemain kena tengok petunjuk positif sokongan penonton yang mula berubah. Walaupun peningkatannya sedikit tapi inilah masanya pemain membuka mata penonton yang dahagakan kecemerlangan sukan ini.

Salah FAM!!!

Attention, open in a new window. PDFPrintE-mail

Written by admin
Monday, 28 April 2008 08:14

JARI Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini pantas terarah kepada pemain tetapi bagi bekas Naib Presiden, Datuk Paduka Ahmad Basri Akil, badan induk kebangsaan itu tetap memikul kesalahan yang lebih besar.

“Jangan lihat masalah rasuah itu di kalangan pemain semata-mata. Kita perlu mencari punca sebenar yang mendorong kepada berlakunya gejala itu. Rasuah memang satu benda yang salah dan tidak bermoral.

“Tetapi bagi saya, rasuah itu berlaku kerana masalah yang berlaku di pentas bola sepak negara kita sekarang. Apakah kejayaan yang sudah dibuat FAM terhadap bola sepak negara? Apabila stadium kosong setiap kali perlawanan, maka persatuan tidak dapat menjana pendapatan.

“Apabila tiada pendapatan, persatuan kekurangan dana sekali gus menjejaskan bayaran gaji kepada pemain sedangkan pemain memerlukan wang untuk menyara keluarga dan sebagainya. Apabila susah, macam-macam boleh berlaku termasuk rasuah,” katanya.

Page 1 of 6

VALID CSS   |   VALID XHTML