Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia: Permainan Malaysia Kian Merosot - Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia

Jump to content

Toggle shoutbox Shoutbox

Come on you RIMAU!! This is SPARTAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!
lipans  : (20 June 2013 - 12:41 PM) itu la... rg tengah nak create legend la tu. tu yang setiap match, diorang kena ada.
kaiser  : (20 June 2013 - 12:36 PM) tapi klu betol la mmg taraf legend bak ang.. umur 30 tu.. otai gila.. matyo 31, apex 28, fadhli 26, wak safee 33 haha tua2 belaka
lipans  : (20 June 2013 - 12:34 PM) chopot 2017 dah taraf legend
kaiser  : (20 June 2013 - 12:32 PM) rambut belah tepi, freekick mlencong.. pehhh itulah andrea chopot
kaiser  : (20 June 2013 - 12:30 PM) 2017 nnt kami ada andrea pirlo kami sendiri, iaitu andrea chopot
kaiser  : (20 June 2013 - 12:30 PM) klu seri game ni jepun ad pluang.. dh kalaj, tpaksa tsingkir... jgn risau jepon. malaysia akan wakil region asia dlm konfederasi cup 2017 nnt !! percayalah !!
kaiser  : (20 June 2013 - 12:27 PM) ko silap barney. ko kena tgk balik la game ni balik .. italia diayam ayam kan tp defense jepon mcm cilaka..
barney  : (20 June 2013 - 11:54 AM) jepun maju dari segi asia je..tapi peringkat dunia jepun tetap ayam jugak tak kemana pun
ZZ77  : (20 June 2013 - 09:58 AM) game last jepun vs mexico, 2 2 team dah tak layak ke semi
ZZ77  : (20 June 2013 - 09:55 AM) yg sayangnya jepun depan gol kosong tanduk melantun keluar atas palang..
ZZ77  : (20 June 2013 - 09:54 AM) bola kena tangan sikit...
kaiser  : (20 June 2013 - 08:01 AM) penalti atau x? tp ref bg penalti ..
kaiser  : (20 June 2013 - 08:01 AM) http://i.minus.com/i9TDDaCYSvmQ6.gif
kaiser  : (20 June 2013 - 07:54 AM) posession jelas memihak kpd jepun, shots pon lebih kpd jepun tp syg, kalah tetap kalah
kaiser  : (20 June 2013 - 07:52 AM) FT ITALI 4-3 JEPUN
kaiser  : (20 June 2013 - 06:50 AM) jepun pnye passing, control ball, possesion mmg terbaik. jepun dh sgt maju dlm bola sepak..
kaiser  : (20 June 2013 - 06:49 AM) mmg superb la 1st half ni.. terbaik. mmg x rugi tgk
kaiser  : (20 June 2013 - 06:48 AM) HT ITALI 1-2 JEPUN
ZZ77  : (20 June 2013 - 03:11 AM) ok neymar gol lagi... brazil 1-0 mexico
kaiser  : (19 June 2013 - 09:57 PM) dah berapa kurun xde wakil arab main WC.. hha
Resize Shouts Area

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Permainan Malaysia Kian Merosot Kembali kepada Asas Permainan Bolasepak

#1
User is offline   rizaine 

  • Rakyat Jelata
  • Group: Members
  • Posts: 7
  • Joined: 10-November 09
Setelah melihat aksi permainan Loas ketika menentang Thailand dan pasukan Philippines melawan Vietnam jelas bahawa bolasepak kedua-dua negara ini begitu pesat membangun. Kedua-dua pasukan ini suatu ketika dulu hanyalah pasukan kerdil yang berbanding dengan pasukan kita pada era 70an hingga lewat 90an. Saya amat yakin bahawa pasukan kita bakal berdepan masalah besar untuk menundukkan pasukan Loas pada kali ini.

Saya tidak ingin mengulas tentang kelemahan pada pihak pengurusan FAM mahupun pasukan negeri. Namun apa yang sangat jelas pada pandangan saya ialah pemain tidak mempunyai asas tentang permainan bolasepak. Seolah - olah apabila nama mereka dipanggil oleh FAM untuk kem negara, mereka hadir dan terus ditunjuk ajar taktikal permainan oleh jurulatih. Falsafah tentang permainan secara berpasukan mengikut strategi dan taktikal kurang difahami oleh pemain. Masuk pada terus warm up, dengar taklimat jurulatih dan terus bermain.

Namun sebelum kita masuk kepada perkara taktikal, mari kita lihat dahulu perkara asas yang sering kita terlepas pandang iaitu asas menendang bola. Ini kerana tendangan pada bahagian kaki lebih banyak berbanding pada bahagian lain seperti dada dan kepala. Perkara pertama ialah ketidakbolehan permain menendang dengan kedua-dua belah kaki dengan baik. Pemain yang kebiasaan menendang bola dengan menggunakan kaki kanan tidak boleh menendang dengan baik pada kaki kiri. Ini sangat ketara sekali buat pemain Malaysia. Contohnya kapten Pasukan Malaysia ketika berdepan Negara China Sukan Asia (Safiq Rahim) yang berada pada posisi kiri terpaksa memusingkan ke belakang untuk menggunakan kaki kanan bagi hantaran lintang kehadapan untuk penyerang. Dengan mudah lawan mematahkan hantaran beliau kerana gerak tubuh pemain dapat dikesan awal oleh lawan. Sama juga ketika menentang Indonesia (AFF Cup) ketika beliau seharusnya merembat bola dalam kotak penalti namun memilih lorongan lemah dan liar kepada rakan lain kerana tiada keyakinan untuk melepaskan tendangan padu kaki kiri.

Asas hantaran bola sesama rakan juga amat lemah dan memalukan seperti kita baru belajar bolasepak. Pemain harus tahu menggunakan setiap inci bahagian kaki untuk menendang bola. Amat jarang saya lihat pemain menggunakan bahagian depan hujung kaki untuk buat hantaran rendah dan dekat kepada rakan seolah-olah mereka hanya tahu menyepak bola denga satu cara sahaja. Menyepak dengan cara yang betul untuk keadaan yang sesuai agar hantaran lebih kemas, pantas dan senang disambung oleh rakan-rakan yang lain. Gunakan segala yang ada seperti tumit, tapak kaki dan sebagainya untuk membuat pelbagai hantaran. Perkara asas ini perlu diasah oleh pemain itu sendiri jika tidak mereka akan sentiasa hilang kawalan dan hantaran disekat.

Satu perkara yang sangat saya hairan ialah kegemaran pemain menghantar bola tinggi dari bahagian bawah kehadapan tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Hantaran tinggi memerlukan pemain hadapan memiliki kemahiran yang tinggi seperti kawalan diudara dan stop ball yang baik disamping mendapat umpanan yang kemas. Pasukan-pasukan seperti Thailand, Vietnam malah Loas sendiripun tidak melakukan hantaran long ball seperti kita sebaliknya mereka mengatur bola dari bawah, tengah dan keatas. Jika mereka terpaksa membuat hantaran tinggi pun, hantaran mereka tepat dan jarang tersasar. Kita macam main ping-pong. Hantaran rendah dan dekat amat sesuai untuk kita bersaiz agak rendah berbanding pemain Eropah walaupun kita bukan berhadapan dengan mereka, adalah lebih baik kita mempraktikan corak permainan seperti ini. Selain senang untuk dikawal hantaran rendah boleh disambung terus kepada rakan yang lain dengan cara yang pantas dan kemas.

Bila bercakap soal saiz tubuh badab pemain kita, saya ingin mengulas sedikit sebanyak. Jika dahulu pemain yang tinggi serta tegap akan berada pada posisi pertahanan manakala pemain yang lincah serta memiliki penyudah yang tajam ditambah dengan naluri killer akan bermain dibahagain depan. Bahagian tengah tidak memerlukan pemain yang tinggi atau tegap. yang kurus ke, pendek ke, tak apa janji mempunyai skil yang baik, hantaran kehadapan yang tepat serta mampu embaca permainan serta mengatur pemainan menjadi pilihan pada posisi ini. Tapi pemain sekarang tak tentu. Yang pendek dan kering tinggal tulang pun jadi bek. Mungkin masa nak main bola, mereka sendiri yang tentukan nak main posisi apa, bukan jurulatih, bukan berdasarkan kebolehan mereka.

Perkara asas seperti inilah yang membezakan pemain dulu dan pemain sekarang. Setakat boleh gentel-gentel bola sikit, lari laju sikit terus boleh main bola. Sekali lawan buat body contact terus terkankang terhumbang tepi padang. Taktikal moden dan strategi permainan baru yang diterapkan oleh jurulatih akan jadi sia-sia jika hantaran yang liar, stop ball yang lemah ditambah dengan stamina yang kurang serta faktor mental dan ketahanan yang kurang, saya amat yakin kita tidak boleh maju dalam bolasepak. Tiada niat saya hendak menghina mana-mana pemain di sini atau penyokong bolasepak kita. Bolasepak kita adalah tanggungjawap kita bersama. Jika kita melihat anak-anak muda bermain bolasepak tanpa berkasut, nasihat mereka agar memakai kasut yang sesuai. Ajar mereka asas yang betul tentang bolasepak. Bila bermain bersama mereka, jangan biarkan mereka terkejar-kejar bola. Latih mereka bermain secara terbuka, tersusun dan galakkan mereka mencuba pelbagai skil.

Sekian, Agar suatu hari nanti kita kembali digeruni oleh Korea Selatan serta bersaing dengan negara yang sudah maju dalam bolasepak
2

#2
User is offline   BOYAKHITAM 

  • HMC Moderator Committee
  • Group: Moderators
  • Posts: 3560
  • Joined: 22-July 08
  • Locationsungei sarawak stadium

View Postrizaine, on 06 December 2010 - 12:02 AM, said:

Good one bro...
Posted Image Posted Image
0

#3

#4
User is offline   whatsupbro 

  • Hulubalang
  • Group: Members
  • Posts: 979
  • Joined: 25-October 08
ai en.boyak... byk nye reply bende yg same ni...

happry trigger betul jari jemari tu... :D

Mmg betul ape yg dikatakan oleh TS tu... aku dah lenguh sendi2 jari dah asek manaip bende2 ni kat coaches yg aku mampu beritahu..

player2 kite seakan akan tak berlatih untuk bende2 ni pada mase lapang dorang.... igt star sgt ke da main utk liga-M ni... inisiatif sendiri tu rendah...
My Blog http://shidod.blogspot.com
Events..sports..Food..Guitars..Entertainment... and a lil bit stupidity

My Youtube Channel http://www.youtube.com/powlaaku <-New Video!!!
My Songs http://www.myspace.com/shidimusic <-New song!!!
0

#5
User is offline   rizaine 

  • Rakyat Jelata
  • Group: Members
  • Posts: 7
  • Joined: 10-November 09
Saya terkejut bila Nadi Arena (Astro 801) membuat liputan sedikit sebanyak latihan kem skuad negara apabila mereka berlari sambil melempar bola dengan menggunakan tangan sesama sendiri sambil berlari - lari riang. Mungkin jurulatih berbuat demikian untuk memupuk persefahaman dikalangan pemain. Tapi tak kan menggunakan tangan? Ini bola baling ke bolasepak? Latihan pemanas badan seperti membuat bulatan sambil seorang ditengah-tengah terkial-kial merebut bola juga sudah ketinggalan zaman.

Saya rasa latihan zaman sekarang tidak seteruk dahulu. Mereka hanya berlatih selama 2-3 jam sehari. Sebagai negara yang agak ketinggalan dalam bolasepak, pemain negara harus dikerah berlatih 6-8 jam sehari. Start 8-11pagi mereka harus bermain mengikut taktikal jurulatih. Sebelah petang 3-6ptg belajar kembali asas sepak bola, skill, perbaiki stamina serta set pieces. Kurang-kurang bila dalam perlawanan free kick luar kotak penalti kita mampu menggegar palang gol sudah cukup kalau tidak bola masuk. Ini tidak, tiang ragbi pun kalau diambil sepakkan belum tentu masuk.

Zaman kami dahulu pemain dikerah berlari 20 round padang bola baru boleh sentuh bola. Itu pun bukan terus main, kena tendang bola pada dinding astaka 500x sehari selama 1 minggu. kalau tendang baik bola kearah dinding, bola akan melantung dengan baik kearah kita. Kasi in-swinger, kita pun kena swing gak. Disini kita akan membiaskan dengan keadaan bola, berlatih stop ball dan mencuba pelbagai corak tendangan. Kemudian baru kami masuk padang tetapi harus berpasangan. kena tendang jarak jauh sesama rakan. 1 minggu buat ini saja. Latihan ini membolehkan kita membina naluri yang baik untuk menhantar bola jauh. seolah-olah kita dapat mengukur berapa jauh bola akan pergi dengan tepat pada rakan. Bila sudah tamat baru kami boleh main namun siapa yang tendang kaki kanan kena lilit dengan kain merah, pemain yang biasa tendang kaki kiri kena balut juga. Jadi kami main bukan dengan kaki yang biasa kami guna. Mula-mula memang macam orang baru belajar main tapi lama-lama kami boleh bermain kaki kiri dan kanan dengan baik. Bila bola datang kearah kami, tak payah nak pilih kaki mana yang nak tendang, semua sama saja.

Perkara asas ini perlu diajar pada peringkat kanak-kanak lagi. Guru pendidikan disekolah perlu diajar perkara asas sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak. Bila mereka sekolah menengah, silibus permainan bola sepak harus ditingkatkan lagi. Di Eropah mereka melakukan perkara yang sama. Walaupun kanak-kanak pandai mengelecek bola, mereka harus pas peringkat asas dulu sebelum ke peringkat seterusnya. Pembangunan peringkat akar umbi harus dimulakan di peringat sekolah lagi. Selepas kemerosotan bola sepak negara, pihak yang bertanggungjawab soal pembangunan sukan bola sepak terlepas pandang perkara asas ini. Sebaliknya mereka memilih permain yang berbakat dan terus diserapkan kepada sekolah sukan seperti SSBJ. Mereka diasuh dengan permainan bolasepak moden namun mereka lemah perkara-perkara yang saya sebutkan diatas. Oleh sebab itu tidak hairan lah kalau kita boleh tumpas kepada pasukan yang dahulu kita anggap kerdil seperti Loas dan Philippines kerana mereka bermula dari peringkat bawah.
0

#6
User is offline   sykrcr9 

  • Hulubalang
  • Group: Members
  • Posts: 760
  • Joined: 25-September 09
yg skula tu mmg dh..
zaman sekarang ni lepas warm up/ stretchisng..
ckgu tnye je nak main.
pegi ambik sendiri.. bola ke takraw ke..
xde dah nak ajar2 skill ape..
main je la terus.
JEMPUT MASUK KE BLOG AKU (CERITA2 TNTANG BOLASEPAK)
http://akupencintabo...a.blogspot.com/
0

#7
User is offline   mrQ 

  • Hulubalang
  • Group: Members
  • Posts: 443
  • Joined: 25-November 08
mmmmm......daripada penerangan rizaine ni nampak beliau ni org lama @ otai dalam bolasepak. saya setuju dengan pendapat beliau yang menyatakan pemain2 sekarang ini perlu melipatgandakan latihan terutama pemain2 yang menyarung jersi kebangsaan.

kalau pemain tiada inisiatif tambahan saya amat risau dalam beberapa tahun akan datang pasukan Laos, Filipina malah mungkin Timur Leste akan memintas kita dalam bolasepak.....
MALAYSIA TANAH AIR KU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
0

Share this topic:

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

1 User(s) are reading this topic
0 members, 1 guests, 0 anonymous users