Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia: Berita-berita Serta Gosip Perpindahan Dari Media - Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia

Jump to content

Toggle shoutbox Shoutbox

Malaysia Power
lipans  : (17 April 2014 - 03:11 PM) ... The committee also approved the proposal to rank the member associations based on their national teams' and clubs’ performance over last four years in AFC competitions. Thirty per cent of points will be allocated for national teams’ performances, while 70 per cent will be for the clubs’ showings.

Upon confirmation of the rankings, the countries ranked 1 to 24 will be eligible to play in the AFC Champions League. Those ranked 25 to 32 will be eligible to participate in the AFC Cup group stage, while the remaining countries ranked between 33 to 47 will be provided an opportunity to play in the AFC Cup play-off stage.
lipans  : (17 April 2014 - 10:25 AM) asian cup 2019 akan jadi 24 team. So takda alasan lagi untuk tidak layak kali ni.
lipans  : (17 April 2014 - 10:25 AM) http://www.aseanfoot...org/v2/?p=16122
Lanun.Land  : (14 April 2014 - 11:26 AM) pertukaran dengan nazmi faiz ke
lipans  : (14 April 2014 - 10:10 AM) pkns nak hazwan bakri....
Lanun.Land  : (13 April 2014 - 02:37 PM) atm semakin di landasan tepat..memburu kejuraan Liga Primer 2015
wandin07  : (12 April 2014 - 10:50 PM) x la..
Lanun.Land  : (12 April 2014 - 03:34 PM) hang baru balik larkin ke wandin?
wandin07  : (12 April 2014 - 02:02 AM) xpa2...next game lwn sabah bagi menang
wandin07  : (12 April 2014 - 02:02 AM) kalah pulak penang mlm ni..
lipans  : (10 April 2014 - 05:26 PM) Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari.
Lanun.Land  : (07 April 2014 - 04:35 PM) jom malam ni g selayang... felda vs kedah
wandin07  : (04 April 2014 - 09:58 AM) ak da balik last 2week ago.\
wandin07  : (04 April 2014 - 09:58 AM) x la..
Lanun.Land  : (02 April 2014 - 10:03 AM) wandin.. minggu ni balik penang x
Lanun.Land  : (01 April 2014 - 10:55 AM) uish kompang2
ghost  : (01 April 2014 - 10:42 AM) hehe
ghost  : (01 April 2014 - 10:41 AM) bang barney
wandin07  : (31 March 2014 - 02:37 PM) memasing sibuk kot
wandin07  : (31 March 2014 - 02:36 PM) sejuk jer...
Resize Shouts Area

  • (20 Pages) +
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • Last »
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Berita-berita Serta Gosip Perpindahan Dari Media

#41
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
http://www.nst.com.m...1456/insidepix1

KELANTAN, who have targeted the Premier League title next season, have hired former West Ham United player Peter Butler as head coach. Butler officially starts work on Oct 15.
Kelantan FA (Kafa) president Tan Sri Annuar Musa, in announcing Butler's appointment during a breaking of fast function on Friday, said the former Sabah coach might even start work a week earlier.

Annuar said a physical trainer from Australia will also be hired for three months to whip the players into shape. Kafa has also received 10 applications for the manager's post. .

"We want a full-time team manager as he will handle everything involving the team. That is why we advertised the post," said Annuar.

He said 16 players, including former Police stalwart Mohd Faizol Che Noh and Terengganu's Che Hisamuddin Hassan, have signed contracts for next season and that Kafa is negotiating with several more.
Annuar said the squad's target is the Premier League crown and the Malaysia Cup semi-finals next season.

Kafa also paid out RM25,000 to several players for wages owed from the 2006 and 2007 seasons. Players and officials of the youth team who emerged champions in the President's Cup also shared a RM30,000 bonus.
0

#42
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
Posted Image

BIARPUN tiada khabar diterima tentang persiapan Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, Syamsuri Mustaffa tetap setia menunggu.

Menurut bekas penjaga gol kebangsaan itu, dia mahu terus menyumbang tenaga bersama skuad Tok Gajah dan tidak bercadang menyertai mana-mana pasukan buat masa ini.

Sehubungan itu, Syamsuri berkata, sebarang khabar angin mengenai kemungkinan dia akan menyertai pasukan lain adalah tidak benar sama sekali.

"Macam mana nak menyertai pasukan lain? Saya masih mempunyai kontrak dengan Pahang dan saya perlu menghormati pihak pengurusan Pahang.

"Tentu tidak wajar saya membelakangi kontrak itu dan sudah pasti saya tidak mahu terlibat dengan masalah begini.

"Memang ada kedengaran orang bercakap bahawa ada pasukan lainh bertanyakan hal kontrak kepada saya. Itu cuma khabar angin," kata Syamsuri kepada Kosmo! semalam.

Syamsuri yang juga bekas penjaga gol Terengganu berkata, dia mahu membantu skuad Tok Gajah meraih sebarang piala musim depan.

"Walaupun pencapaian Pahang musim ini kurang memberangsangkan tetapi saya percaya keadaan itu dapat diatasi musim depan," ujarnya.

Syamsuri menambah, pengurusan Tok Gajah mungkin sedang merencana sedikit perubahan bagi membolehkan Pahang tampil lebih cemerlang musim depan.

"Semua itu bertujuan memastikan peminat kembali ceria setelah hasrat mereka melihat kami menjulang apa-apa piala musim ini tidak kesampaian.

"Buat masa ini, saya mahu merayakan Aidilfitri bersama keluarga. Selepas ini saya akan fokus menjalani latihan apabila dipanggil pihak pengurusan," kata Syamsuri yang kini berada di Kuala Terengganu bagi merayakan Aidilfitri.

Ditanya kemungkinan kembali mewakili skuad kebangsaan, Syamsuri menjawab: "Itu tidak mustahil tetapi buat masa ini belum ada khabar tentang perkara itu."
0

#43
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
Skuad bola sepak Liga Perdana Kelantan sedang mengintai beberapa pemain kebangsaan untuk menyertai skuad Cik Siti Wan Kembang bagi mengukuhkan cabaran dan merealisasikan hasrat merangkul juara Liga Perdana musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, pemain kebangsaan tersebut akan digandingkan dengan pemain tempatan untuk membentuk sebuah pasukan yang tidak boleh diperlekehkan.

Sehubungan itu juga beliau berkata, dalam memenuhi impian itu, pemain juga akan mendapat suntikan jurulatih baru dari England, Peter Butler yang pernah melatih skuad Sabah.

"Pemilihan Butler adalah berdasarkan pengalaman yang dimilikinya untuk membimbing pemain negeri untuk muncul sebagai salah sebuah pasukan elit di negara ini.

"Justeru itu, kita membuka pintu kepada semua pemain terutama pemain kebangsaan untuk menyertai pasukan ini, kita akan melayan pemain kebangsaan dari semua aspek seperti gaji dengan sewajarnya.

"Kita memberi jaminan kepada para pemain yang berhasrat untuk beraksi dengan Kelantan bahawa kebajikan mereka terutama dalam soal gaji tidak akan diabaikan seperti mana yang berlaku kepada negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Wisma KAFA di sini semalam.

Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan bonus kepada para pemain belia yang muncul Johan Piala Belia Kebangsaan dan tunggakan bayaran gaji bagi musim 2006 serta 2007.

Kelantan membuat persiapan awal bagi membentuk pasukan yang mantap untuk musim ini apabila seramai 16 pemain sudah menandatangani kontrak bersama skuad tersebut termasuk tiga pemain dari pasukan Liga Perdana.

Tiga pemain terbabit ialah bekas penyerang Terengganu, Cik Hishamuddin Hassan dan dua pemain polis, Faizul Che Noh serta Wan Zaman.

Annuar berkata, skuad berkenaan sedang mengintai beberapa pemain kebangsaan untuk digabungkan dengan pemain tempatan untuk memperkukuhkan pasukan ini.

"Kita juga akan melantik seorang jurulatih fizikal dari Australia bagi memantapkan tahap fizikal supaya mereka dapat memberikan aksi terbaik dalam saingan musim ini.

"Pasukan ini juga akan dikendalikan oleh seorang pengurus sepenuh masa yang akan dilantik selepas hari raya nanti," katanya.

Dalam pada itu, katanya, KAFA telah melangsaikan hutang gaji yang tertunggak musim 2006/2007 kepada beberapa pemain termasuk bekas pemain kebangsaan, Halim Napi.
0

#44
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
Posted Image

PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) tidak berminat untuk membuat perubahan drastik bagi menghadapi saingan musim baru Liga Perdana yang akan membuka tirainya Januari depan.

Selain berusaha mengekalkan 14 pemain lama, KLFA juga mungkin akan menyambung kontrak jurulatih Mohd. Razif Ismail (gambar) yang tamat akhir musim lalu.

Namun segala-galanya masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana musim perpindahan pemain masih terbuka dan ada kemungkinan tonggak mereka dilamar pasukan lain.

Malah mereka juga tidak mahu mendedahkan nama-nama pemain yang bakal disambung kontrak mahupun yang bakal diketepikan.

Razif berkata, tidak ada sebarang keputusan yang dibuat ketika ini tetapi dia telah diberi 'lampu hijau' untuk meneruskan aktiviti musim depan.

"Dalam Mesyuarat Majlis KLFA pagi ini (semalam), saya telah membentangkan pencapaian musim lalu dan mereka (Ahli Majlis) telah memberi kebenaran kepada saya untuk meneruskannya.

"Meskipun kontrak saya tidak dibincangkan, saya diberi tugas untuk mengetuai sesi pemilihan pemain yang akan dilakukan pada 7 Oktober ini.

"Selain itu, saya juga diminta untuk mengemukakan senarai pemain yang akan disambung kontrak atau dibeli daripada pasukan lain untuk menghadapi saingan musim depan.

"Kami juga cuba untuk membawa pulang bekas pemain Kuala Lumpur yang berhijrah ke pasukan lain musim lalu," kata Razif.

Bekas pemain kebangsaan ini telah diberi kepercayaan untuk membimbing pasukan Kuala Lumpur selepas jurulatih lama dipecat April lalu.

Bagaimanapun kontrak Razif mungkin akan disambung berdasarkan pencapaian yang dilakukannya musim lalu dan hakikat itu disahkan oleh seorang Ahli Majlis KLFA, Lokman Mustafa.

"Pada dasarnya, kontrak Razif akan disambung tetapi keputusan muktamad akan dibuat dalam mesyuarat pengurusan pertengahan bulan depan.

"Begitu juga dengan pemilihan pemain yang akan memperkuatkan pasukan Kuala Lumpur meskipun ketika ini seramai 14 pemain lama akan dikekalkan," kata Lokman.
0

#45
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
PERAK coach Steve Darby will bid farewell to the Malaysian Super League (MSL) on Oct 8, three weeks sooner that his contract is due to end on Oct 31.
The coach has decided to end his contract with the Perak Football Association (PFA) on mutual understanding.

Darby, who will be leaving for Maldives, is still owed three months salary and signing on fees amounting to RM120,000 by the PFA which the coach hopes will be settled by the end of October.

In fact, it's not only Darby that the PFA owes backdated salaries to but also close to 19 players.

"Our discussion with the PFA and FAM went very well, and we are grateful that FAM general secretary Datuk Azzuddin Ahmad presented our case. We hope we will get whatever is owed to us as soon as possible," said Darby yesterday.
"The Players Status Committee (PSC) heard our case last month and the PFA has submitted all the required documents, and I am confident that some agreement will be reached," added Darby, who started coaching in Malaysia in 1998 with Johor.

Under Darby's guidance, Perak had a good 2007 season finishing runners-up in the Malaysia Super League and Malaysia Cup, and qualified -- for the first time -- for the AFC Cup quarter-finals.

"We were operating at 25 per cent lesser compared to the big teams like Kedah and Selangor. With the outstanding debts that had accumulated since 1996, it was not easy for the management to settle all the outstanding payments," said Darby.

A total of RM4 million was owed by the PFA to government agencies, but thanks to the initiative of current president Datuk Muhiyuddin Abdullah, close to RM3 million has been settled. The president is trying hard to settle the remaining of whatever is owed as soon as possible, even though these debts had been mounting prior to his appointment.

Darby, who has been approached to coach the Maldives national team, will be leaving Malaysia with good memories and he hopes the MSL will reach a fully professional standard.

"I have no regrets, but I truly hope that the MSL will raise its level to match the other leagues in Asia," he said.

"I have had a good bunch of players who were dedicated and a management team that is very supportive, and of course the fans who kept us going."

Meanwhile, it is learnt that a total of RM550,000 will be provided by the Perak State Government to settle the remaining debts.
0

#46
User is offline   [AiMaN] 

  • HMC Editor Committee
  • Group: Members
  • Posts: 2248
  • Joined: 17-September 08
  • LocationSydney.
PETALING JAYA: UPB-MyTeam are keeping up with their tradition of signing up young talent.

The Super League club side have snapped up 19-year-old leftback Hariri Safii from Harimau Muda (national Under-19 squad) and 22-year-old Kuala Lumpur striker Stanley Bernard.

Chief coach Bojan Hodak said that they would continue to look for exciting young talents.

“We have more or less identified the team and have retained the bulk of the players from last season’s side,” said the former Croatian international.

“Perhaps, there is room for an ex­­perienced hand in the striker department and a stopper,” said Bojan, who has a smaller budget to work on for the new season. “We have no intention to go for star players.”


(Taken from http://thestar.com.m...orts/story.asp? ... sec=sports)
http://www.harimauma...file.php?id=974
http://www.harimauma...file.php?id=975

Manusia unik dalam dua cara,sama ada bijak menyebarkan ideologi @pn bangang nak mampus..

http://www.flickr.com/photos/aimanb
0

#47
User is offline   [AiMaN] 

  • HMC Editor Committee
  • Group: Members
  • Posts: 2248
  • Joined: 17-September 08
  • LocationSydney.
PETALING JAYA: Kuala Lumpur have ap­­pointed former international Razip Ismail as the chief coach of their team for next season’s Premier League.

Razip, a member of the KL side who won the Malaysia Cup for three consecutive seasons from 1987, was the caretaker coach of the team last season. He replaces Gede Heinz Jurgen of Germany, who was released after the Premier League campaign in which KL finished second from bottom of the 13-team competition.

(Taken from http://thestar.com.m...orts/story.asp? ... sec=sports)
http://www.harimauma...file.php?id=974
http://www.harimauma...file.php?id=975

Manusia unik dalam dua cara,sama ada bijak menyebarkan ideologi @pn bangang nak mampus..

http://www.flickr.com/photos/aimanb
0

#48
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
Posted Image

"SAYA masih sayang Pahang. Itu hakikat namun pada masa yang sama saya sedia kembali bermain dengan salah satu pasukan di Terengganu.

"Dua negeri itu amat bermakna kepada saya. Satu, Terengganu menggilap bakat saya sebagai pemain bola sepak, satu lagi menyelamatkan karier saya ketika saya berada di 'jalan mati'.

"Sebenarnya saya kini sedang berbincang untuk kembali ke Terengganu dan beraksi dengan Pasukan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu atau T-Team."

Demikian pengakuan penuh jujur yang dibuat oleh bekas penyerang utama skuad negara, Hairuddin Omar dalam satu pertemuan eksklusif dengan Kosmo! semalam.

Dalam perjumpaan setengah jam di rumahnya di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu beliau berkata, belum ada kata putus mengenai perkara itu.

Beliau tidak mahu peminat bola sepak membuat andaian awal sebaliknya memberi ruang kepadanya berunding dengan semua pihak berkenaan secara berhemah.

Menurutnya, dia sudah mengadakan beberapa siri rundingan dengan pengurusan T-Team yang berada di bawah naungan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).

Setakat ini katanya, rundingan berjalan lancar tetapi belum ada sebarang kata putus kerana banyak perkara perlu diperhatikannya.

Sebelum ini isu kemungkinan Hairuddin Omar kembali ke Terengganu dipetik sesetengah media melalui sumber tidak rasmi sahaja.

Bagaimanapun, pemain yang baru pulang daripada menjalani latihan bersama skuad Pestabola negara di Slovakia itu sanggup tampil membuat penjelasan.

"Kalau nak kira, saya masih penat dan mahu bercuti bersama keluarga sempena Aidilfitri, tapi kerana menghargai media dan peminat, tak kisahlah.

"Ketika berada di Slovakia saya melayari internet dan terbaca laporan sebuah akhbar yang mengatakan saya akan bermain dengan T-Team.

"Apabila pulang, ramai peminat bertanya, hinggakan ketika berada di masjid untuk bersembahyang sunat Aidilfitri pun ada yang bertanya hal itu, "katanya.

Beliau berkata, ada kesan positif laporan itu iaitu beliau mendapat gambaran rambang bagaimana penerimaan peminat terhadap kemungkinan itu.

Katanya, berdasarkan pengamatan, jelas sekali kelibatnya bersama pasukan yang berpengkalan di Terengganu diterima baik.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu mengguris hati peminatnya di Pahang, yang dianggapnya sangat setia serta menjadi motivasi kepadanya selama ini.

Beliau berkata, sebelum membuat kata putus, dia perlu melihat pelbagai terma dalam perjanjian termasuk status kontrak, gaji dan hal-hal sampingan.

Katanya, dia tidak memikirkan soal kredibiliti T-Team malah sedia bersama pasukan itu walaupun terpaksa bersaing dalam Liga Perdana.

"T-Team baru 'naik pangkat' ke Liga Perdana setelah menjadi juara Piala FAM musim ini. Saya tak kisah semua tu dan percaya mampu meningkat bersama pasukan kecil.

"Lagipun, T-Team mungkin diserta beberapa bekas pemain handal Terengganu yang kini berkelana atas pelbagai sebab sejak beberapa tahun lalu.

"Sekarang saya berfikir dari aspek lain iaitu keluar dari Pahang dengan baik dan disayangi peminat serta pengurusan Pahang atau kekal bersama Tok Gajah," katanya.

Tambahnya, kontraknya dengan Tok Gajah berakhir tahun ini dan segala-galanya masih tidak menentu untuk beliau membuat kenyataan muktamad.

Ditanya adakah beliau memikirkan 'halangan tertentu' untuk pulang ke Terengganu, beliau berkata, halangannya ialah semua perkara yang telah dinyatakan tadi.

"Tak ada kerisauan lain. Hanya itu yang saya fikirkan. Selebihnya saya mahu fokus menghadapi saingan Pestabola Merdeka tak lama lagi.

"Saya akan buat keputusan yang baik, juga doakan bola sepak kita berkembang maju setelah tertinggal sekian lama di rantau ini," katanya
0

#49
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
Posted Image

Bekas penyerang kembar negara, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh bakal bergandingan semula seperti zaman kegemilangan mereka pada era 80-an dan awal 90-an tetapi kali ini sebagai pengurus pasukan dan jurulatih kelab Liga Perdana, Shahzan Muda, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.

Mereka yang turut pernah mewakili Selangor dalam karier sebagai pemain, dijangka sama-sama menerajui kelab Pahang itu bagi menghadapi persaingan bola sepak Liga Malaysia yang menyingkap tirainya pada Januari tahun depan.

Zainal yang sebelum ini pernah melatih dan membawa Pahang memenangi Liga Super 2004 dan Piala FA 2006 sebelum beralih kepada pengurus musim 2007-2008, mengesahkan haluan barunya itu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Subang Jaya, Selangor, semalam.

“Menerajui sebuah pasukan bersama-sama Dollah memang menjadi idaman saya sejak sekian lama setelah kami beberapa tahun bergandingan sebagai penyerang Selangor dan skuad kebangsaan,” katanya di mana anaknya, Zaiza Zainal bakal meneruskan khidmat selaku bek tengah Gergasi Merah bagi semusim lagi.

Teka-teki pasukan kendalian Dollah selepas khidmatnya tidak disambung oleh Selangor musim depan, terjawab dengan kenyataan Zainal itu walaupun sebelum ini rakan karibnya itu menyatakan mahu berehat terlebih dulu sepanjang bulan puasa lalu dan dikhabarkan mendapat tawaran Johor-Pasir Gudang.

Bagaimanapun kata Zainal: “Pada dasarnya saya bersetuju tetapi satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, tidak lama lagi.”

Shahzan Muda sebelum ini dibimbing oleh Tajuddin Nor, dengan menduduki tempat ke-10 daripada persaingan 13 pasukan Liga Perdana dan terkandas pada pusingan pertama Piala FA kepada Kuala Lumpur secara agregat 4-0 sepanjang musim 2007-08 selain gagal ke Piala Malaysia.

Pencapaian Selangor di bawah Dollah pula sepanjang musim lalu menyaksikan skuad Merah Kuning di tangga keempat Liga Super, naib juara Piala FA dan Piala Malaysia sementara Zainal menguruskan Pahang yang menduduki tempat kelapan liga, separuh akhir Piala FA dan gagal melepasi peringkat kumpulan Piala Malaysia.
0

#50
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
SELANGOR's attempt to get the services of coach K. Devan could prove futile as Kuala Muda Naza have made it clear they will not let their man leave, and that he has to see out his contract which runs to June 2009.
Devan, who led the Kedah club to the Premier League title and promotion to the Super League last season, has given his employers a month's notice that he intends to resign.

But Devan's decision did not go down well with the KM Naza management and a decision will be made after the Hari Raya break.

Devan's name cropped up as the favourite for the Selangor job immediately after the FA of Selangor decided not to renew Dollah Salleh's contract last month.

"I cannot comment on anything right now as the (KM Naza) management has not decided on anything," said Devan.
Devan, who resigned as deputy director of the Department of Environment last year, is no stranger to the local coaching scene having taken Negri Sembilan to MSL title in 2006, the final of the the Malaysia Cup the same year, and won the FA Cup in 2003.

He also guided Negri to their first AFC Cup tournament in 2006, but was subsequently replaced by Tunisian Hatem Soussi.

It is also believed that former Selangor coach, K. Rajagopal, presently in charge of the national under-20 squad, is another candidate that Selangor are keen on.
0

#51
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
PASUKAN T-Team yang bakal mewakili Terengganu dalam saingan Liga Perdana tahun hadapan berminat untuk mengambil bekas pemain Terengganu.

Penolong Pengurus T-Team, Rosdi Awang berkata pihaknya sentiasa membuka pintu kepada pemain-pemain Terengganu yang beraksi bersama pasukan lain sekiranya mereka berhasrat untuk kembali.

Pada ketika ini, antara bekas pemain Terengganu yang beraksi bersama pasukan lain termasuklah Hairuddin Omar, Rosdi Talib, Sabri Sulong, Anuar Jusoh, Shamsuri Mustafa, Mohamad Nor Farhan, Syukor Jusoh, Norfazly Alias dan Norhisham Hasan.

"Kalau dulu mereka hendak balik mungkin tiada tempat, tetapi sekarang kami membuka pintu dan mengalu-alukan kepulangan mereka," kata Rosdi.

Rosdi yang juga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) berkata, pasukannya memerlukan ramai pemain berpengalaman untuk bersaing dalam Liga Perdana.

T-Team merupakan johan Piala FAM musim 2007/2008 sekali gus layak mewakili Terengganu ke pertandingan Liga Perdana yang akan bermula Januari tahun depan.

Rosdi percaya dengan adanya bekas pemain Terengganu ia pasti akan menarik lebih ramai peminat untuk memberi sokongan terhadap T-Team.

Menurutnya, pasukan terbabit akan menjalani ujian pemilihan di Kompleks Sukan Gong Badak esok.

Dalam pada itu, bekas ketua jurulatih akademik bola sepak Terengganu, Cheku Marzuki Cheku Omar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai jurulatih pasukan T-Team dengan dibantu bekas pemain Terengganu, Zulharisham Awang dan Badrulhisham Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Rahin Mohd. Said pula dilantik sebagai pengurus pasukan.
0

#52
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
Bagi memastikan impian layak ke Liga Super pada 2010, pasukan berstatus kelab, Felda United meletakkan sasaran untuk menduduki dua tempat teratas pada saingan Liga Perdana 2009 yang akan bermula Januari depan.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Felda United, Faisal Zakariah berkata bagi memastikan impian itu tercapai, mereka mengekalkan Reduan Abdullah sebagai jurulatih.

"Beliau telah berjaya membimbing Felda United layak ke Liga Perdana pada musim lepas walaupun kita sebenarnya meletakkan sasaran beraksi dua musim di dalam Piala FAM," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Faisal berkata pasukan tersebut akan berwajah baru musim depan bila terpaksa menggugurkan sebahagian besar muka lama di samping mencari pemain baru kerana saingan di Liga Perdana adalah lebih sengit berbanding Piala FAM.

"Kita terpaksa mengugurkan sekurang-kurangnya 14 pemain bagi memastikan akan wujud pasukan yang benar-benar mantap menjelang saingan musim baru pada Januari tahun depan," katanya.

Faisal berkata mereka telah memulakan pembelian 25 pemain dan telah memulakan latihan pada 15 Sept lepas.

Pada musim lepas, Felda United berjaya memenangi tujuh daripada 24 perlawanan manakal Khairul Izwan Khalid merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan tujuh gol.
0

#53
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
SKUAD bola sepak Kuala Lumpur sedang meninjau khidmat tiga pemain berpengalaman di posisi penyerang, tengah serta pertahanan bagi mengimbangkan tempo skuad warga kota itu bagi menghadapi musim baru 2009 yang bermula Januari depan.

Jurulatih Kuala Lumpur, Mohd. Razip Ismail berkata, berdasarkan pengalaman musim lepas, pemainnya didapati memerlukan kepimpinan pemain lebih berpengalaman untuk mengemudi jentera serangan, tengah dan pertahanan.

"Lagi pun saingan musim depan lebih terbuka kerana tiada pemain import.

"Jadi saya rasa inilah masa yang sesuai untuk menonjolkan pemain tempatan baru," katanya semalam.

Mengenai persiapan pasukannya sebelum musim baru, Mohd. Razip berkata, skuad itu akan mula berlatih selepas Aidilfitri dan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan.

Antaranya kejohanan piala persahabatan empat penjuru anjuran Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (Masum) yang turut disertai pasukan Masum, KL PLUS dan Felda FC.

Mohd. Razif berkata, pemilihan pemain akan dilakukan pada November ini dengan menyerapkan beberapa pemain berpotensi daripada skuad Piala Presiden ke skuad utama.

Musim lepas, Kuala Lumpur hampir tersingkir ke Liga FAM apabila menduduki tangga kedua terbawah Liga Perdana.
0

#54
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
Jika diberi pilihan sama ada bermain di Liga Slovakia atau Malaysia, penyerang negara Zaquan Adha Radzak cenderung untuk berkelana ke negara Eropah Tengah itu.

Bukan memikirkan soal gaji atau popular tetapi pendedahan beraksi di luar negara mampu meningkatkan mutu permainannya seterusnya memantapkan lagi pasukan kebangsaan.

''Selepas beraksi dalam empat perlawanan persahabatan di Slovakia saya telah dimaklumkan oleh ejen bola sepak di sana, saya akan diberi peluang untuk beraksi bersama salah sebuah pasukan Liga Divisyen Satu Slovakia,'' katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, buat masa ini dia dan abangnya Aidil Zafuan Radzak hanya menunggu surat dari kelab tersebut dan sudah tidak sabar untuk beraksi di sana.

''Saya tidak nafikan beberapa pasukan dalam liga tempatan ada menawarkan untuk mendapat khidmat saya tetapi kalau semua urusan bersama kelab Slovakia itu berjalan lancar saya akan ke sana.

''Buat masa ini saya masih mempunyai kontrak bersama pasukan Negeri Sembilan sehingga hujung tahun ini,'' katanya.

Zaquan juga amat berpuas hati dengan pendedahan skuad kebangsaan di Slovakia kerana memberi impak yang besar buat semua pemain.

''Corak permainan mereka sangat berbeza dan kami menentang dengan pasukan yang bagus, sukar untuk mendapat lawan seperti itu jika kami menghabiskan masa berlatih di dalam negara sahaja.

''Mereka sudah mempunyai asas yang kukuh dalam sukan bola sepak, perkara itu sahaja sudah dapat membezakan antara pemain kita dan mereka (Slovakia),'' kata Zaquan.

Sementara itu Jurulatih pasukan kebangsaan, B.Sathianathan berkata, negara Asia yang beraksi di Piala Dunia seperti Korea Selatan, Jepun dan Iran semuanya menghantar pemain mereka beraksi di Eropah kecuali Arab Saudi.

''Negara Asia yang beraksi di Piala Dunia mempunyai pemain yang beraksi di luar negara mereka kecuali Arab Saudi tetapi pasukan Timur Tengah itu sentiasa berada di tempat tercorot dalam Piala Dunia.

''Kalau mahu pemain kita maju seperti negara-negara tersebut mereka sepatutnya dihantar beraksi di luar, sekurang- kurangnya di Jepun atau negara Asia yang lain,'' kata Sathia.
0

#55
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
PENYERANG kebangsaan, Hairuddin Omar menafikan sudah menandatangani kontrak bersama pasukan T-Team bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2009.

Pemain kelahiran Setiu itu masih menunggu jawapan selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi kelab itu, September lalu.

Pada masa sama, Hairuddin menjelaskan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) belum mengesahkan sama ada khidmatnya kekal atau digugurkan untuk musim depan.

"Ingin saya jelaskan bahawa hanya satu pertemuan diadakan dengan pengurusan T-Team bagi membincangkan kontrak tetapi tiada sebarang kata putus mengenainya setakat ini.

"Berdasarkan pertemuan itu, perbincangan lebih kepada soal gaji dan kebajikan pemain yang ditawarkan pengurusan di samping kemudahan lain.

"Tapi, setakat ini, tiada sebarang keputusan sama ada khidmat saya diperlukan T-Team yang pertama kali beraksi dalam Liga Perdana musim depan," katanya mengulas laporan kononnya Hairuddin sudah menjadi milik T-Team sejak kebelakangan ini.

Selain Hairuddin, empat lagi pemain Pahang iaitu Rosdi Talib, Subri Sulong, Syamsuri Mustafa dan Norfazly Alias dikatakan akan beraksi juara Piala FAM itu.

Hairuddin kini memberi tumpuan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Pesta Bola Merdeka selepas mengikuti kunjungan dan perlawanan persahabatan di Slovakia bulan lalu.
0

#56
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
KEDAH coach Azraai Khor, who led Kedah to their first ever double treble, has started working on his plans for the new season which kicks off in January 2009.
Kedah, who successfully defended the Malaysian Super League (MSL) title, Malaysia Cup and FA Cup, have retained the core of their players for the new season and are hoping for another successful campaign.

"I have given all the players a one month break. We have had a long season and they deserve the holiday," said Azraai. "But I have started working on paper to ensure we will still be able to have a solid side for the new season."

As is the case in Malaysian football, it is the state FA who goes hunting for players, but in Kedah's case it is somewhat different. Azraai's phone has not stopped ringing since last week.

"We have been getting calls from players in other states who are keen to play for Kedah, and this is good because then we are able to determine the payment scale for them. But I am only looking at a few players to beef up the team," said the coach.
"The core will still be from winning team with the inclusion of some young players from the Presidents Cup squad."

It is learnt that two well-known players have demanded a monthly salary of RM15,000 from Kedah, if they sign a one year contract, but Azraai says at this point in time none of the local players truly deserve that kind of salary.

"Those players who are demanding high salaries must remember that we already have a good squad, and players who are trying to test their market value could end up as losers."

Obviously Azraai, who has been given a free hand to pick the players, believes that players should be paid on their ability.

"Next season will be an eye opener for many as it will be all local action, so it's the teams that have enough of reserves who will benefit at the end of the season."

Kedah are expected to parade the young players who have been kept together for the last three years, and judging by the number who have already been exposed, Kedah will start the new season with a distinct edge over the other states.
0

#57
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
JUARA treble, Kedah bakal dimantapkan lagi dengan kehadiran beberapa muka baru pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2009.

Difahamkan, skuad Hijau Kuning itu sedang mengadakan perbincangan peringkat akhir dengan lima pemain iaitu dari Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Yang pasti, pemain idaman ketua jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah adalah pemain yang mempunyai kebolehan untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan bekas tonggak import, Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Cornellius Bernard Hugging.

Menurut Azraai, Kedah kini telah mengenalpasti beberapa pemain baru untuk membawa misi pasukannya bagi mengharungi musim 2009 yang bermula Januari depan.

Jelasnya, perbincangan yang sedang dilakukan dengan pemain terbabit tidak melibatkan tawaran gaji lumayan, sebaliknya pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempunyai cara yang tersendiri bagi memikat mereka.

"Kedah tidak akan menjadikan wang sebagai umpan untuk mendapatkan pemain terbaik dan bagi setiap pemain yang akan bersama pasukan ini, mereka akan diberi gaji yang berpatutan mengikut persetujuan yang telah dipersetujui dengan KFA.

"Saya tidak mahu pemain yang datang untuk menyarung jersi Hijau Kuning semata-mata kerana duit dan tidak berminat untuk melakukan yang terbaik ketika bermain bola sepak bersama pasukan ini," kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Katanya lagi, Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pasangan kembar dari Negeri Sembilan, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak kerana beberapa masalah.

Begitupun Azraai berkata, dia sedang berbincang untuk menyambung kontrak pemainnya yang telah mengharumkan nama Kedah sebelum ini.

"Kedah masih memerlukan pemain yang telah menaikkan nama pasukan ini pada musim lalu dan penyambungan kontrak pemain itu akan diselesaikan secepat mungkin," ujarnya.
0

#58
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
Posted Image

KELANTAN enggan mendabik dada meskipun melakukan beberapa perubahan termasuk mendapatkan khidmat empat pemain baru bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Skuad Kijang itu juga turut mendapat 'suntikan' baru apabila mendapatkan khidmat jurulatih dari England, Peter Butler yang pernah melatih skuad Sabah sebelum ini.

Semalam Kelantan secara rasmi telah mendapatkan khidmat empat pemain iaitu penyerang Perak, Khalid Jamlus, bekas penyerang Terengganu, Mohd. Norfarhan Muhammad dan dua pemain pertahanan, Azlan Zainal dari Perak dan Daudsu Jamaludin (Johor).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, keempat-empat pemain terbabit akan digandingkan dengan pemain lama, sekali gus membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap.

"Seramai 18 pemain mengikat kontrak hari ini (semalam). Selain menggugurkan sebahagian daripada pemain yang beraksi musim lalu, kami turut mengekalkan pemain yang beraksi cemerlang musim lalu," katanya.

Beliau berkata, Butler akan melaporkan diri hari ini dan pemain akan mula menjalani latihan pada Selasa depan.

"Kita memberi peluang kepada Butler meninjau tempat dan persediaan latihan sebelum latihan bermula 14 Oktober ini.

"Bagi pemain kebangsaan, mereka akan mula menyertai latihan selepas berakhirnya Pestabola Merdeka pertengahan bulan ini," kata Annuar.

Mengenai sasaran musim depan, Annuar berkata, pihaknya tidak mahu 'bercakap besar' dalam usaha untuk membentuk pasukan yang digeruni musim depan.

"Kami tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi kerana kami.

"Apa yang penting, kami tidak mahu menghampakan peminat Kelantan yang dianggap penonton paling setia dengan berbanding mana-mana pasukan lain.," katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, pihaknya masih belum membuat keputusan mengenai pengurus baru Kelantan.

"Kalau boleh biarlah pengurus itu bertugas secara sepenuh masa.

"Kita turut mencadangkan jurulatih akan dipilih merangkap sebagai pengurus seperti yang berlaku dalam kelab England sekarang," katanya.

Mengenai penajaan musim depan, Annuar berkata: "Kita telah melakukan perundingan dengan beberapa penaja.

"Kita menyediakan pakej yang menarik untuk penaja supaya mereka mendapatkan keuntungan. Apa yang penting kami mahu KAFA dan penaja, berada dalam situasi menang-menang.

"Melihat perkembangan musim lalu, kita tidak menghadapi masalah dengan penaja kerana setiap kali perlawanan berlangsung stadium dipenuhi peminat bola sepak dari Kelantan," jelas Annuar.
0

#59
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
SELANGOR akan membawa masuk sembilan pemain baru bagi memantapkan skuad Gergasi Merah itu menjelang saingan musim baru Liga Malaysia (Liga M) 2009.

Sembilan pemain baru itu akan menyertai 13 pemain lama serta tiga pemain Piala Presiden yang dinaikkan pangkat bagi melengkapkan senarai penuh 25 pemain Selangor musim depan.

Pengurus pasukan Selangor, Zakaria Rahim berkata, sebahagian daripada sembilan pemain baru itu sudah menandatangani kontrak.

"Sembilan pemain ini, kita ada ambil dari pasukan lain yang beraksi dalam Liga Super musim lalu.

"Mungkin juga ada beberapa pemain Piala Presiden akan diambil lagi untuk melengkapkan senarai 25 pemain," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada 16 September lalu, Selangor mengumumkan senarai 13 pemain musim lalu yang disambung kontrak mereka.

Mereka ialah Safee Sali, R. Surendran, P. Gunalan, Amri Yahyah, D. Surendran, Razman Roslan, Amirul Hadi Zainal, Nasriq Baharom, Asraruddin Putra Omar, Fazilidin Khalid, S. Sritharan, Zaiza Zainal dan Fadzirul Zakaria.

Turut disenaraikan, tiga pemain Piala Presiden Selangor musim lalu iaitu penjaga gol, Fairul Azwan Shahrullai, Fitri Shazwan Raduwan dan Fauzan Dzulkifli.

Ditanya siapakah daripada kalangan sembilan pemain baru yang bakal menyertai Selangor, Zakaria menjawab: "Pengumuman mengenainya akan dibuat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam masa terdekat.

"Begitu juga dengan jurulatih baru Selangor. Kita akan umumkan secara rasmi dalam satu sidang media, mungkin dalam minggu ini," jelasnya.

Ketika ini, nama jurulatih Kuala Muda Naza, K. Devan terus menjadi sebutan sebagai jurulatih baru Selangor bagi menggantikan Dollah Salleh yang tidak disambung kontraknya.

Zakaria menambah, sesi latihan pertama skuad Selangor Ahad ini berkemungkinan besar akan diketuai jurulatih baru tersebut dengan dibantu penolong jurulatih, P. Maniam dan Mohd. Rosedy Mohd. Nadzir.

Sebelum ini, FAS telah menggugurkan enam pemain lama iaitu ketua pasukan, Shukor Adan, Akmal Rizal Rakhli, Indra Putra Mahayuddin, Megat Amir Faisal, Nuraizat Aziz dan Wan Hoesne Wan Hussain.

Biarpun ditawarkan lanjutan kontrak oleh FAS, empat lagi pemain iaitu Suffian Ab. Rahman, Safiq Rahim, Fadzli Shaari dan Abdul Ghani Rahman telah memilih untuk beraksi dengan pasukan lain musim depan.

Beberapa pemain luar pula dikaitkan akan menyertai Selangor termasuk dua penjaga gol Perak, Hamsani Ahmad dan Nasril Nourdin, bekas penyerang Selangor, Rudie Ramli, pemain PDRM, Sanjos Sundawat serta pertahanan Negeri Sembilan, Khairul Anuar Baharom.
0

#60
User is offline   Gozal99 

  • Bendahara
  • Group: Members
  • Posts: 5108
  • Joined: 17-June 08
  • LocationSepang
Teka-teki sama ada K. Devan dilantik sebagai ketua jurulatih Selangor bagi menghadapi saingan bola sepak Liga Malaysia musim baru mulai 3 Januari depan dijangka terjawab dalam tiga atau empat hari lagi.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad bagaimanapun masih enggan mengesahkan pelantikan itu kerana jurulatih berkenaan masih terikat kontrak dengan Kuala Muda Naza, juara Liga Perdana musim 2007-2008.

“Biarlah dia selesaikan soal kontraknya. Jika dia bebas, barulah kami boleh berunding tetapi dalam tiga empat hari lagi, kami akan buat keputusan muktamad,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Setiausaha Agung FAS, Hamidin Amin, semalam.

Namun, teka-teki itu seperti terjawab 90 peratus dengan kehadiran Devan pada majlis berkenaan selain bekas jurulatih Selangor, Dollah Salleh yang dikatakan bakal menerajui Shahzan Muda musim depan di samping bekas gandingan serangannya, Zainal Abidin Hassan selaku pengurus pasukan.

Devan pada akhir bulan lalu, mengakui telah menyerahkan notis peletakan jawatan sebulan (ketika kontraknya masih berbaki hingga Jun 2009) kepada pihak pengurusan Kuala Muda Naza yang dijangka membuat keputusan mengenainya dalam beberapa hari lagi.

Jurulatih yang menerajui kelab berpangkalan di Gurun, Kedah itu ke Liga Super musim depan ini, juga pernah membantu Negeri Sembilan memenangi persaingan utama Liga M itu pada 2006 dan menjuarai Piala FA 2003.

Jika sah menandatangani kontrak dengan FAS, dia bakal bergandingan bersama jurulatih skuad Bawah 21 Tahun Selangor yang menjulang Piala Presiden tahun ini, P. Maniam dengan sasarannya ialah Liga Super dan Piala Malaysia 2009 sekali gus kelayakan ke Piala AFC 2010.

Namun, Mokhtar menyatakan jawatan teraju Merah Kuning itu turut terbuka kepada calon jurulatih asing atas saranan segelintir pegawai FAS yang mengidamkan pembaharuan persembahan pasukan setelah khidmat pemain import tidak dibenarkan lagi.

“Halangannya cuma kosnya yang tinggi dan kami perlu meninjau kemampuan membayar gaji terlebih dulu tetapi memandangkan tiada lagi pemain import, pilihan menggunakan jurulatih asing masih terbuka,” katanya.

Selain Devan, FAS sebelum ini dikatakan turut mencalonkan bekas pemain kebangsaan Australia, Mehmet Durakovic, 43, yang pernah membantu Selangor menjulang Piala Malaysia tiga kali berturut-turut pada 1995, 1996 dan 1997.

Omar Ruben Larossa, bekas pemain Piala Dunia Argentina merupakan jurulatih asing terakhir Selangor pada 2004 manakala Dollah membantu memenangi tiga gelaran 2005 tetapi Merah Kuning cuma mara ke perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia bagi musim 2007-2008.
0

Share this topic:


  • (20 Pages) +
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • Last »
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

1 User(s) are reading this topic
0 members, 1 guests, 0 anonymous users