Mostly Cloudy

Kuala Lumpur, MY

28°C

Mostly Cloudy

Humidity: 79%

Wind: NE at 2 mph

Advertisement

Prestasi tidak akan dibiarkan merosot - Menteri

TAPAH - Kementerian Belia dan sukan tidak akan membiarkan mutu bola sepak negara berterusan mengalami kemerosotan dan mengecewakan rakyat Malaysia yang meminati sukan tersebut lapor ANGELINA SINYANG.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun skuad kebangsaan telah mengecewakan peminat kerana kekalahan di kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF di Phuket baru-baru ini, mereka tidak boleh berterusan dipersalahkan.

Beliau berkata, ini kerana kekalahan tersebut bukan hanya berpunca daripada kelemahan pemain sahaja tetapi turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.

''Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa kerana yang penting sekali kita harus mengakui bahawa mutu bola sepak kita adalah masih lemah dan perlu perubahan yang radikal untuk mengatasi masalah-masalah yang ada pada hari ini.

''Yang pasti, pihak kementerian tidak akan membiarkan mutu bola sepak terus menurun dan mengecewakan rakyat Malaysia yang meminati bola sepak negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Rakan Muda Wawasan Desa Sektor Perumahan Estet di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Tong Wah di sini, semalam.

Ismail berkata, beliau akan bertemu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh persatuan itu dan mencari jalan membantu bagi menyelesaikan masalah dihadapi pemain kebangsaan ketika ini,

Katanya, pihak kementerian akan meneliti secara menyeluruh semua masalah yang berkaitan dengan sukan ini termasuk soal pemain, kejurulatihan, penajaan, gaji dan program-program di peringkat akar umbi.

''Kita tidak boleh menggunakan pendekatan bertindak iaitu bila kalah disebabkan kesilapan penjaga gol maka kita tukar penjaga gol dan bila kalah kita nak rombak pasukan sebab mereka tidak bagus bermain," katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, seni mempertahankan diri kaum India iaitu silambam akan dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) mulai tahun depan.

Katanya, silambam hanya dijadikan aktiviti demontrasi pada Sukma 2008 di Terengganu baru-baru ini.

''Dengan memperkenalkan acara silambam di Sukma, kita harap pengiat-pengiat seni mempertahankan diri ini akan lebih aktif kerana sudah mempunyai fokus dalam sukan tersebut," ujarnya.
 
Sumber : Utusan 
Comments (3)Add Comment
0
...
written by ClEopAtrA, February 26, 2009
smilies/angry.gif x puas ati btul la
0
...
written by cemut, April 17, 2009
knape x puas atismilies/cool.gif
0
thanks
written by wow power leveling, June 03, 2009

The World Leading wow power leveling and wow gold wow power leveling

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy