Mostly Cloudy

Kuala Lumpur, MY

29°C

Mostly Cloudy

Humidity: 79%

Wind: N at 4 mph

Advertisement

KBS sedia hulur bantuan kepada FAM

KEGAGALAN skuad negara pada Kejohanan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) baru-baru ini dikatakan berpunca daripada ketandusan pemain berbakat.

Umum mengakui bahawa program pembangunan bola sepak pada peringkat akar umbi kurang diberi perhatian, sekali gus menyebabkan negara tidak memiliki pemain berkualiti untuk meningkatkan mutu sukan bola sepak negara di masa hadapan.

Sedar akan beban yang dipikul Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam menyatakan kesanggupan mereka untuk sama-sama terlibat dengan badan induk itu dalam usaha menyelamatkan reputasi sukan bola sepak negara pada masa hadapan.

Menurut menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi mengurangkan beban yang ditanggung FAM sejak beberapa dekad yang lalu, KBS bersedia menyalurkan bantuan dari segi kepakaran dan peruntukan kewangan dalam program pembangunan baru.

"KBS bersedia membantu FAM dengan menyalurkan peruntukan kewangan dalam program pembangunan bola sepak yang telah dipersetujui secara dasarnya pada hari ini (semalam)," kata Ismail Sabri sele- pas mengadakan kunjungan terhadap Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang, Kuala Lumpur semalam.

"Pertemuan kami dengan FAM hari ini adalah untuk membincangkan masalah yang dihadapi dalam sukan bola sepak negara dan hasilnya KBS serta FAM bersetuju bahawa kegagalan program pembangunan pada peringkat akar umbi adalah punca kepada kemerosotan ini.

"Oleh itu, atas rasa tanggungjawab bersama, KBS bersedia bekerja- sama dengan FAM untuk memperbaiki kelemahan ini dengan merangka satu program pembangunan baru sukan bola sepak pada peringkat akar umbi," katanya lagi.

Sementara itu, Sultan Ahmad Shah amat mengalu-alukan kesediaan KBS itu yang mampu meringankan beban FAM, khususnya dalam pembangunan bola sepak negara.

"Saya harap usahasama ini dapat dilaksanakan. Saya amat menghargai apa yang dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan yang menunjukkan sokongan kerajaan terhadap sukan bola sepak negara.

"Selain itu, kerjasama ini juga membolehkan beban FAM untuk menganjurkan program-program pembangunan yang lain dapat diringankan," katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, KBS akan memperkenalkan kejohanan Liga Daerah khususnya di kawasan kampung dan peringkat sekolah sebagai kaedah terbaru mencungkil bakat baru bola sepak negara.

"Liga ini serupa dengan liga Sukan Komuniti yang dianjurkan KBS tahun lalu yang mana futsal dan sukan lain turut diberi perhatian.

"Tapi bezanya kali ini ialah kita akan cuba minta kerjasama daripada pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Semua pihak perlu terlibat dalam program ini kerana kita tidak boleh lepas tangan perkara ini kepada FAM saja. Mereka (FAM) ada banyak perkara lain lagi untuk diuruskan.

"Oleh itu, saya harap menerusi usahasama ini, lebih ramai bakat baru dapat dicungkil, sekali gus mutu bola sepak negara juga dapat di- tingkatkan," katanya sambil menambah rancangan ini akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SUMBER: Kosmo

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy